Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Lelaki Jalan Temerloh telah ditubuhkan pada 1 Februari 1968. Sebelum ini sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Jalan Temerloh yang berhampiran. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Timbalan Ketua Pegawai Pelajaran bagi Wilayah Persekutuan, Dato Haji Khalid Abdul Halim.

Sekolah ini terletak di Jalan Temerloh, berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa dan Balai Seni Lukis Negara. Antara sekolah yang berjiranan dengan sekolah ini adalah Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa. Pada asalnya, sekolah ini diberi nama sempena nama jalan yang dibina berhampiran dengannya. Oleh sebab sekolah ini sebuah sekolah lelaki, makan diberi nama Sekolah Menengah Lelaki Jalan Temerloh.

Pada mulanya, sekolah ini bergabung dengan Sekolah Menengah Perempuan Jalan Temerloh (sekarang SMK Puteri Titiwangsa). Walaubagaimanapun pada tahun 1974, Sekolah Menengah Perempuan Jalan Temerloh berpindah ke banguanan sendiri yang terletak bersebelahan dengan sekolah ini sekarang. Walaupun dua sekolah ini amatlah dekat, namun tidak ada rancangan untuk menggabungkan kedua-dua sekolah ini menjadi sekolah campur.

Pada Hari Ucapan Tahunan yang berlangsung pada 6 March 1987, nama sekolah ini telah diubah dari Sekolah Menengah Lelaki Jalan Temerloh kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa sempena kedudukannya yang berhampiran dengan Taman Tasik Titiwangsa.

Pada tahun 1968, sekolah ini hanya menampung seramai 514 orang pelajar yang belajar di kelas peralihan dan tingkatan 1, 14 orang guru dan 8 orang kakitangan sokongan. Pada tahun 1969,kelas-kelas Tingakatn dua dimulakan. Pada tahun 1975, apabila sekolah ini berpisah dengan Sekolah Menengah Perempuan Jalan Temerloh jumlah pelajarnya dari Tingakat Peralihan hngga Tingkatan Lima adalah seramai 1487 orang.

Kumpulan pelajar pertama pada tahun 1970 telah mengambil peperiksaan SRP dan SPM pada tahun 1975. Pada tahun 1975, kelas khas bagi 23 orang pelajar cacat penglihatan telah dimulakan di bawah Program Khas Pendidikan. Pada tahun 1973, sekolah ini memulakan sesi pengajian iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Sejak ditubuhkan sehingga sekarang, sekolah ini telah ditadbir oleh 12 orang pengetua dan 2 orang pemangku pengetua. Pengetua sekolah pada masa ini ialah Puan Hajah Che Bah bt. Bulat. Sekolah ini juga telah melahirkan bakat-bakat sukan negara seperti Foo Kok Keong dan Kwan Yike Meng yang merupakan pemain badminton terhandal di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

Our School Location

65.5 kB-19 secs (56 kbps)

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Our School Logo

28.2 kB -8 secs (56 kbps)

Our School Photo

 

 

Our School Photo

School Anthem

 

Bersatu Berkhidmat dan Berjasa

Menjadi Cogankata Kita

SM Seri Titiwangsa

Kau Obor yang Menyala

 

Bersama Memburu Cita-cita

Untuk Bangsa Juga Negara

Demi Harapan Mulia

Membina Rakyat Jaya

 

Berdisiplin Berharmoni

Berusaha Bersama-sama

Terus Maju Terus Mara

Pasti Kita akan Berjaya

 

Bersatu Berkhidmat dan Berjasa

Amalan Suci Hidup Kita

Seri Titiwangsa

Nama mu kan Kubangga

 

 

 

 

 

 

Any comment? Kindly send your email to Webmaster

All rights reserved ® March 2003

| Home |

| Our Class | Our Teachers | Our Students | 5B Community |